Kajian Tindakan


SISTEM PEMBELAJARAN MELENGKAPKAN NOTA SEJARAH
BERPANDUKAN BUKU TEKS dan MENGGUNAKAN KONSEP 5W /1H

MENINGKATKAN PERATUS LULUS MATA PELAJARAN SEJARAH
BAGI PELAJAR TINGKATAN 2K

OLEH
PN KHADIJAH BT ABD RAHMAN
(GC Sejarah SMK Bandar Sungai Petani)

ABSTRAK

         Kajian tindakan yang saya lakukan adalah bertujuan memudahkan pelajar 2K menguasai fakta sejarah berpandukan buku teks. Kebanyakan pelajar 2K terutama pelajar-pelajar Cina masih tidak dapat menguasai fakta ,malahan ada antaranya tidak memahami apa yang dibaca.
Memandangkan mata pelajaran sejarah adalah pelajaran teras yang mesti diambil, saya bertekad untuk meningkatkan peratus lulus sejarah dalam peperiksaan akhir tahun 2009.

         Sistem pembelajaran ini saya jalankan untuk semua pelajar 2K kerana pada tahun 2010 mereka akan menghadapi peperiksaan PMR. Kaedah pembelajaran begini telah saya jalankan untuk pelajar-pelajar sebelum ini. Memandangkan keberkesanannya , saya ingin mencuba kepada  pelajar-pelajar 2K

        Hasil daripada pelaksanaan kajian ini di samping kaedah latih tubi soalan-soalan PMR yang lepas saya dapati peratus lulus mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan 2K telah meningkat dua kali ganda.

1.0    Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu

         Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati pelajar-pelajar 2K tidak memahami apa yang dibaca walaupun nota diberi dan merujuk buku teks, hanya segelintir sahaja yang memahami. Keadaan ini amat membimbangkan saya kerana mereka akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar. Tambahan pula amatlah malang kalau generasi hari ini tidak mengetahui dan mendalami sejarah negaranya sendiri

         Setelah memahami permasalahan pelajar-pelajar 2K, saya mencuba kaedah ini untuk meningkatkan peratus lulus mata pelajaran sejarah pada peperiksaan akhir tahun 2009.


2.0    Isu-isu Keperihatinan

Pelajar-pelajar 2K tidak dapat mengingati sepenuhnya fakta-fakta yang dipelajari disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya :
1.    Pelajar mudah lupa fakta yang dikemukakan.
2.    Pelajar tidak memahami apa yang dibaca
3.    Pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran sejarah
4.    Pelajar tidak mahu merujuk buku teks.

3.0    Objektif Kajian
Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif di bawah

Objektif Am
Dapat meningkatkan Gred Purata sekolah dengan peningkatan peratus lulus sejarah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

Objektif Khusus
a)     Meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengingati fakta
b)     Membantu pelajar mencari fakta sejarah
c)     Melatih pelajar mendapatkan maklumat sejarah menggunakan buku teks
d)     Melatih pelajar untuk  berdikari  tanpa mengharapkan guru semata-mata

4.0    Kumpulan Sasaran

     Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar 2K, terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan.

5.0    Pelaksanaan Kajian
5.1    Tinjauan Masalah

       Setelah mengkaji  ujian peperiksaan topik 2 dan Peperiksaan Penggal 1 menunjukkan peratus lulus sejarah hanyalah 21.6% dan 40.5%, saya telah menggunakan kaedah menggunakan buku teks sepenuhnya untuk melengkapkan nota. Dengan cara ini pelajar mudah mendapatkan jawapan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
       Saya dapati pelajar lebih berminat melengkapkan nota yang diberi oleh guru ketika proses P&P, saya juga mendapati mereka begitu truja apabila mendapati jawapan yang ditanya boleh diperoleh dengan mudah dengan berpandukan buku teks.
       Saya juga menggunakan konsep 5W dan 1H untuk memudahkan pelajar memahami isi-isi penting . Konsep 5W merangkumi “ What ,Who, When, When, Why,” H pula untuk How. Pelajar didedahkan bentuk soalan yang ditanya menggunakan konsep tersebut. Didapati pelajar mudah memahaminya.

5.2    Analisis Tinjauan Masalah
            Hasil dapatan dalam Peperiksaan Penggal Akhir 2009 amat memberangsangkan. Perbezaan peratus lulus sejarah tingkatan 2K dalam peperiksaan Penggal 1 dan Penggal Akhir dipaparkan di bawah.

Bil
Nama
Penggal 1
Penggal Akhir
1
Al-Imran bin Mahadzir
30%
43%
2
Hor Yong
23%
40%
3
Kelvin Seow Soon Liang
18%
40%
4
Khairul Anwar b.Khalid
26%
40%
5
Khairul Anwar bin Nor Hashim
40%
44%
6
Mior Danial b. Mior Amir
40%
52%
7
Mohamad Nazirul Amzar b.Isaham
40%
37%
8
Mohammad Zulfadhli b.Ghazali
33%
48%
9
Mohd Ismarul Faiz b. Ishak
40%
40%
10
Mohd Nur Ridzuan b.Muktar
32%
41%
11
Muhamad Firdaus b.Aris
40%
46%
12
Muhamad Nabil b.Mohamed Othman
42%
34%
13
Muhammad Akhmal Hakim b.Abdullah Sani
32%
40%
14
Muhammad Akhmal b.Zowfiean
30%
46%
15
Muhammad Fadzilahtul Hanif b.Ahmad Razaai
63%
46%
16
Bee soo Han
35%
50%
17
Law Ay Jing
38%
40%
18
Lim Wei Ying
32%
43%
19
Nadhira bt Pisual
45%
42%
20
Nor Suhaila  bt Mazuki
32%
51%
21
Norhaida bt Ishak
33%
47%
22
Nur Aisyah bt Shahrin
35%
42%
23
Nur Alina bt Md Hanfiah
37%
50%
24
Nur Fatika bt Jamaludin
45%
45%
25
Nur Fatin Mudzalifah bt Mohtar
43%
53%
26
Nur Hasanah bt Abdullah
37%
35%
27
Nur Syamila bt Ramli
50%
54%
28
Nurul Anis bt Mohd Shamshir
28%
55%
29
Tan Bee Tian
25%
40%
30
Ummi Ezzatul bt Adnan
38%
40%

                                        JUMLAH LULUS
11 orang
27 orang

         Berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 didapati peratus lulus sejarah tingkatan 2K telah meningkat, daripada 30 orang pelajar yang diuji 27 orang telah lulus, pencapaian 90%. Keputusan ini menunjukkan peratus lulus meningkat dari 36.6% menjadi 90%.
         Terdapat dua orang pelajar yang menurun peratus lulusnya iaitu Muhammad Fadzlahtul Hanif ( 63% turun ke 46%) dan Nadhira Pisual ( 45% turun ke 42%). Hasil kaji selidik kedua-dua pelajar ini mengaku kesilapan mereka memfokus tajuk menyebabkan peratus menurun .
         Keseluruhan keputusan sejarah tingkatan 2K amat membanggakan kerana kajian tindakan yang dihasil mencapai sasarannya. Harapan saya semoga pelajar 2K dapat memberi sumbangan dalam peningkatan keputusan mata pelajaran sejarah PMR 2010.

5.3    Tindakan yang dijalankan

          Antara aktiviti yang saya laksanakan  dalam menjalankan hasil kajian ini ialah:
1.    Melengkapkan nota berlatihan dengan jawapan yang betul berpandukan buku teks 
          semasa proses P&P berjalan.

2.       Membincangkan jawapan di dalam kelas supaya pelajar dapat mengenalpasti
          kesalahan dan terus membuat pembetulan.

3.       Menggunakan konsep 5W+1H sewaktu  mencari fakta sejarah dan sewaktu
          mengemukakan soalan latih tubi secara lisan.

4       Menilai keberkesanan system pembelajaran ini melalui pemantauan latihan dan juga
   soal selidik secara lisan.

5.         Membuat perbandingan keputusan  peperiksaan Penggal 1 dengan Penggal Akhir.


   Instrumen yang saya gunakan dalam penghasilan kajian ini ialah kertas A4, “Pen Drive” .




5.4      Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
5.4.1              Pelaksanaan Aktiviti

i.                                                     Pemerhatian

          Sepanjang aktiviti di dalam kelas saya sentiasa bergerak dari meja ke meja melihat cara pelajar mencari maklumat berdasarkan soalan yang dikemukakan. Pelajar mencari jawapan dalam tempoh satu masa kerana masa ke-2 digunakan untuk membincangkan jawapan. Sekiranya tidak sempat atas beberapa halangan pelajar dibenarkan menyiapkan di rumah.

          Saya memastikan setiap kesalahan jawapan mesti dibuat pembetulan dengan tujuan mengukuhkan ingatan.

ii      Refleksi   Kajian
                 
                  Keberkesanan system pelajar ini sangat sesuai untuk kelas yang agak lemah dan sederhana. Ini terbukti daripada keputusan mata pelajaran sejarah tingkatan 2K yang meningkat  dari 36.6% meningkat 90.%.

6.       Cadangan dan kajian seterusnya
             
                      Melihatkan peningkatan peratus mata pelajaran sejarah 2K dan keberkesanan sistem  pembelajaran ini saya akan cuba laksanakan dalam kelas pada tahun 2010.
                
                




2 comments: